Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Citycarpark adalah penyelesaian bagi masalah letak kereta di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Ianya menyediakan kemudahan letak kereta bahu jalan di bawah pentadbiran MPTI yang selesa untuk awam. Gabungan sistem dan aplikasi yang di perkenalkan oleh Citycarpark dapat menghasilkan maklumat secara langsung dan analisa yang terperinci dan tepat tentang kaedah pengunaan tempat letak kereta. Kemudahan sistem yang diperkenalkan ini dapat menghasilkan satu kaedah pengurusan dan perancangan yang lebih teratur dan licin pada masa kini dan juga akan datang.

Kami menyediakan perkhidmatan yang terdiri daripada pelbagai jenis kaedah pembayaran untuk petak letak kereta seperti :

  1. Pembayaran petak letak kereta menggunakan Syiling
  2. Pembayaran petak letak kereta menggunakan Kad Touch ‘n Go
  3. Pembayaran petak letak Pembayaran Pas Bulanan Digital menggunakan secara on-line
  4. Permohonan & Pembayaran Petak Khas menggunakan secara on-line